Mohon di bantu dalam doa
Nama Samaran
No name
Umur
33 tahun
Jenis Kelamin
Pria
Kota
kota belud, sabah, malaysia
Pokok doa
Isteri saya baru meninggal pada 21.04.2008. kami berkahwin 29-30.12. 2006. Saya betul-betul tidak dapat terima kenyataan di atas pemergian isteri tercinta. Kami belum pun mendapatkan cahaya mata. Sekarang saya sentiasa merindui isteri saya. Setiap malam saya tidak dapat tidur dengan lena kerana asyik teringatkan isteri saya. Saya betul-betul kecewa di atas pemergian isteri tercinta saya. Sekarang saya tidak mempunyai siapa-siapa sudah. Ibu bapa saya sudah meninggal. Ibu tercinta saya meninggal semasa saya melanjutkan pelajaran di universiti (tahun 2) pada tahun 2003 dan sekarang isteri tercinta saya pula yang meninggalkan saya. saya betul-betul tertekan untuk menghadapi dugaan. Tolong bantu saya dalam doa untuk kekuatan iman, kekuatan semangat untuk menghadapi dugaan ini.Saya tahu bahawa manusia ini datang dan pergi tapi persoalan saya ialah kenapa Tuhan menyeksa saya seperti ini? Kenapa Tuhan membiarkan saya menghadapi dugaan ini seorang diri?
Tolong bantu saya dalam doa kalian.
sabda.org |