Tiada Yang Mustahil Dalam Nama Tuhan Yesus!
Disini saya ingin bersaksi dan berkongsi bagaimana tangan Tuhan Yesus membantu kehidupanku.
Kami mempunyai seorang nenek yang masih tinggal bersama kami. Nenek saya sakit, oleh itu kami harus menbantu kemana juga dia pergi. Sehinggalah suatu hari dia terjatuh dari tangga akibat kecuaian kakak saya. Akibat itu kepala nenek saya bengkak dan berwarna hitam,saya tahu nenek berasa sangat sakit! tetapi entah kenapa hati saya tenang sahaja.
Tiba-tiba Saya teringat akan Yesus, dan percaya dalam nama Dia pasti ada kesembuhan!
Walaupun tiada pengalaman menyembuhkan orang, saya telah memberanikan diri untuk melakukan hal tersebut. Saya meletakan tangan atas kepala nenek saya dan membuat tanda salib, sambil berdoa memohon kesembuhan. Selepas itu saya kedapur untuk mengambil air, apabila saya kembali untuk memberi dia minuman, alangkah terkejut melihat kepala nenek saya tiada bengkak dan kesan langsung! puji Tuhan! Tuhan telah menyembuhkan nenek saya!
Selepas kejadian tersebut jika ada kesakitan diangota badan pasti saya akan membuat tanda salib dan memohon kesembuhan, dan Tuhan benar-benar membantu! Terima Kasih Tuhan!
kita cuma ranting dan Tuhan adalah pokok Anggur..kita tidak akan dapat berbuat apa-apa diluar sana tanpa bantuan Tuhan.

sabda.org |