Kasih Kristus Terhadapku
Shaloom pada semua yang membaca kesaksian ini. God bless U all.
Ini kesaksian waktu aku masi budak2 lagi.. tak tau sangat tentang agama. Tapi selalu pergi ke gereja untuk mengisi waktu luang. Waktu itu aku dari 5 kat smk gunsanad keningau. Tinggal dekat hostel. sebelum masuk hostel aku selalu pegi klompok doa kat church,, siap jadi tim pelayan lagi tapi masalahnya aku sendiri pun tak la pecaya sangat ngan apa yang aku buat. Tolong doakan orang, usir roh jahat, bagi nasihat kat orang tentang kehidupan kristus.. tapi sebenarnya aku sendiri pun tak pasti apa yang aku buat. waktu bulan april aku baru masuk hostel, d sanalah aku jadi malas..
yela takde orang yang tau pun kalo aku tak berdoapun. jadik time2 hujung tahun dekat2 nak ambil exam spm tue, tiba2 aku demam. hari kahmis paper akaun aku da mulai demam, tapi aku pegi gak ambil paper. jadik malamnya tue aku berdoa la, mintak jesus sembuhkan aku bab esok jam 8 pagi ada paper akaun(ii) lagi. berdoa dengan sangat khusyuk lagi sampai tertidur2 atas katil.
Jadi pagi2 tue dalam jam 4 aku terjaga. nak buang air besar. aku cubalah bangun.. ingatkan dah sembuh.. yela semalam dah berdoa sampai tertidur2 lagi, sekali tengok bukan makin baik, makin teruk la pulak. kena2 lagi aku tidur kat katil tingkat dua. aduh time tue tuhan je yang tau betapa sengsaranya aku. bediri pun dah tak boleh, pastu tandas pun dekat tingakt atas. dorm aku time tue tingkat bawah. turun ja dari katil aku dah macam orang yang mabuk. bediri pun dah tak betul. bukak pintu bilik pun hampir2 tak daya. tapi aku kuatkan semangat jugak pegi tandas. time pegi tandas tue, takde seorang pun yang bantu, aku time tue dah macam orang buta, tak nampak jalan. naik tangga tuk pegi tingkat atas pun terpaksa berpaut, merangkak pegi tandas. aduhh.. time tue rasa macam nak nangis je bab kawan2 pun langsung tak ambil kisah. kena2 lagi jam baru 4 pagi, semua masih nenyak tidur.. tangan dan semangat sendiri ja lah yang bantu aku pegi tandas.
pastu aku balik dorm. memang teruk, cuci pun tak bersih pastu jam 8 ada paper pulak. time kat bilik tue, aku berdoa dan marah sangat kat jesus. aku maki2 lagi kat jesus, cakap dia tak adil la, jahat la... teruk sangat kan iman aku time tue?.. tak pecaya langsung.. aku cakap, jesus memang t*K gu*a.. bla bla bla... jam dah dekat jam lapan tapi aku masi lagi baring dekat katil, tak tau nak buat cam mana bab jalan pun dah tak larat. Aku sudah putus asa saat itu. peduli la kalau gagal pun gagal la. tak nak pegi ambil exam. tapi untung la jesus masi sayangkan aku time tue. datang kawan baik aku pegi jumpa aku suruh pegi ambil paper. siap kena marah2 lagi.. aku bengang betul dengan dia time tue, dah nampak aku sakit, yang dia pegi marah2, paksa2 aku ambil paper buat apa. geram betul aku. pastu dia suru aku pagi sendiri..
walaupun marah tapi aku bangun juga, pegi ambil paper. kuatkan semangat, bangun dan pegi ambil paper. time tue aku langsung tak terfikir nak minta pertolongan jesus.. kuatkan semangat. aku dah putus asa bab jesus tak sembuhkan aku. memang besar tul cobaan yang jesus bagi dekat aku time tue. jalan memang tak dapat tapi aku paksa jugak, pastu muntah lagi dekat dalam dewan exam. rasa betul2 jesus tinggalkan aku time tue.
habis ja exam aku balik dorm dan tidur. betul2 aku dah tak nak berdoa lagi.. dah putus asa dengan jesus. tapi petangnya aku call mama aku. nak mintak kirim ubat dengan susu. aku tak bagitau pun aku sakit tapi tak tahu, heran betul, diorang tahu pulak aku sakit. diorang bawa aku pegi jumpa doktor tapi doktor tue cakap tak dapat terima aku sebab peralatan kat sana tak cukup tuk tahan aku di wad. Jadi doktor tue suru pula kami pegi hospital besar. aduhhh.... banyak karenah betul doktor tue. diorang mama aku pun bawa la aku balik rumah. esok baru bawa pegi hospital besar.
malam tue memang ada kelompok doa dekat church. setiap hari jumaat. akak aku cadang nak bawa aku pegi kelompok doa dan minta tolong tim KIPKK doakan. aku punyalah geram. marah betul aku. diorang pujuk2 bawa aku pegi pun aku tak nak pegi.. time tue, akak aku sedih sebab tak dapat bawa aku pegi kelompok. bukan aku tak tahu boleh mintak tolong doa supaya cepat sembuh, aku sendari selalu buat tue untuk orang lain dulu.. tapi entah aku betul2 tak pecaya yang aku boleh sembuh.. akak aku pun pegi la kelompok doa seorang diri.
Tapi SYUKUR PUJI TUHAN... Jesus masih sayangkan aku, masa pegi kelompok doa tue akak aku minta tim pelayan datang rumah dan tolong doakan adiknya yang keras kepala mi.. aku langsung tak tau tentang tu. esoknya baru akak bagi tahu yang jam 4.00 nanti diorang nak datang tolong doakan aku. tak tahu dah nak cakap apa, aku rasa marah betul tapi simpan dalam hati ja...
kira2 jam 4.00 lebih, tim pelayan tue datang tuk doakan aku. aku rasa malu betul. dengan keadaan aku yang tak kemas, rumah yang dah nak roboh.. betul-betul aku malu.. tapi diorang bukan datang pegi tengok rumah atau rupa aku yang hodoh nie, tapi diorang datang nak bagi ubat mujarab dari kasih kristus. aku dapat layanan yang special sikit la sebab aku pun salah seorang tim pelayan juga.
semasa diorang mula ja berdoa, tiba2 airmata aku mengalir sendiri. aku pun tak tau kenapa aku menangis, aku tak rasa apa-apa pun tapi aku menangis. rasa macam bukan aku yang menangis tapi jasad aku yang menangis. menangis teresak2, nafas pun tersangkut2 dah. tapi time diorang mulai berbahasa roh dan singing intang, aku mula tersentuh. rasa betul-betul Jesus hadir hari tue, di rumah kami yang dah nak roboh tue. terasa merdu sangat suara nanyian diorang time tue sampai airmata aku dah tak boleh nak stop. aku tutup ja mata. rasa bersalah betul dekat Jesus sebab tak percaya, lepas tue marah2 jesus, maki2 jesus. Aku betul2 insaf... time aku tutp mata tue tiba2 aku rasa ada satu rasa sejuk dari atas kepala aku dan turun kebawah sampai ke kaki. sejuk yang nyaman, sejuk yang buat aku rasa selesa. aku buka mata dan nampak salah seorang dari tim pelayan tue sedang tompangkan tangannya di atas kepala aku dan berdoa.
Waktu itu aku betul-betul merasakan kasih kristus dalam diriku. Diorang berdoa tak lama sangat. kira2 dalam 15 minit ja. lepas tue diorang berehat sebentar dan balik. Ajaib dan memang Kuasa Allah kita, petang tue aku dah boleh bangun dan demam pun dah hilang. dah boleh ketawa2, gurau2 dengan family. memang syukur puji tuhan kita yang maha besar.. terima kasih jesus kerana bagi aku kesempatan merasa kasihmu yang besar dan ikhlas itu. Walaupun ketika itu aku masih dan sangat berdosa terhadap-Mu.. Thank You my Lord..
Itulah peristiwa yang tidak akan aku lupakan dalam hidupku. KASIHNYA YANG TAK BERKESUDAHAN DAN TETAP MENGAMPUNI DAN MENERIMA KITA WALAUPUN KETIKA KITA MASIH BERDOSA. TERIMA KASIH YESUSKU.. Bagi mereka yang pernah mengalami seperti ini, percayalah bahwa Yesus menyayangi Anda. Jangan sekali-kali coba menyalahkan Yesus atas apa yang terjadi pada diri kita. percayalah... kerana Yesus sangat menyayangi kita, sehingga Ia telah memberikan nyawanya untuk menebus dosa kita semua.